Apa Itu Jodoh?

cari jodoh

Apa Itu Jodoh?. Jodoh merupakan sebahagian daripada ketetapan takdir yang telah ditentukan oleh Allah ke atas diri seseorang manusia. Apabila dikatakan sebagai sebahagian daripada takdir, maka ia merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah sewaktu manusia masih berada di alam rahim lagi, sama seperti kematian dan rezeki seseorang.
 
Jodoh seseorang telah ditakdirkan oleh Allah, dan ia tidak akan lari ke mana-mana kecuali dengan izin Allah. Namun, adalah penting bagi seseorang untuk mencari jodoh meskipun pada hakikatnya ia telah ditetapkan oleh Allah. Ini adalah bersamaan dengan ketetapan rezeki di mana rezeki tidak akan sampai kepada seseorang sekiranya mereka tidak berusaha untuk mencarinya. 

Jodoh itu merupakan satu anugerah daripada Allah, dan kebanyakan daripada manusia sering tersalah anggap bahawa jodoh itu akan datang dengan sendirinya tanpa perlu berusaha. Ini adalah kurang tepat kerana Allah telah memerintahkan manusia untuk sentiasa berusaha bagi mendapatkan apa yang mereka mahukan, dan begitulah juga halnya dalam perkara berkaitan jodoh. 

Jodoh itu adalah bukan untuk ditunggu atau dinanti seolah-olah ia akan datang sendiri, tetapi seseorang itu harus berusaha untuk mencari jodoh. Seperti mana keadaan rezeki dan kematian yang boleh hadir dalam pelbagai cara, begitulah juga keadaannya dengan jodoh. 

Sekiranya seseorang itu memilih seorang yang lain sebagai jodohnya, namun ia tidak berkekalan, maka itu semua berlaku atas izin daripada Allah. Ini kerana, Allah lebih mengetahui siapakah jodoh yang terbaik atas diri seseorang dan manusia haruslah sentiasa berdoa dan berusaha untuk mencarinya. 

cari jodoh


Secara umumnya, apabila kita dipertemukan dengan seseorang, yang merupakan jodoh buat diri kita, maka kita haruslah yakin bahawa ia telah ditetapkan oleh Allah. Setelah kita berusaha mencari jodoh, dan apabila Allah telah mempertemukan jodoh itu dengan diri kita, maka kita haruslah redha dan menerima ketetapan yang telah ditunjukkan oleh Allah. 

Meskipun, kadang kala kita sering merasa gusar kerana tidak pasti adakah ia jodoh yang tepat ataupun tidak, namun, dengan keyakinan terhadap apa yang telah dijanjikan oleh Allah, maka segalanya pasti akan berjalan lancar.
Apa Itu Jodoh? Apa Itu Jodoh? Reviewed by TheHaikal on November 28, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.